
KUNYANYIKAN lagu itu
lagu yang satu
meruntun kalbu
membuka pintu waktu
bertanya waktu pada kalbu
perlukah bersatu
dalam haru
atau harukan satu
menjadi waktu
membakar kalbu
sejenak malu
merenung masa lalu
malam terlarang
siang temaram
apa mahumu?
sukarnya memahat rindu
menjadi tugu
senangnya mengisar pilu
menjadi debu
malam pun kelabu.
12 Ogos 2009
terciptanya puisi...
ReplyDeleteberlagu indah...
membuka ruang...
menerjah angkasa...
menyusuli melangkah...
meredah lurah...
disebalik terang...
bersembunyi pula....
mencari bayang...
dalam pena...
salam mesra...
dari hamba...
Salam Pak,
ReplyDeleteLagu yang satu
Lagu mana
Lagu itulah
Lagu mana
Lagu Tuhan
Laaaaailahaillallaaaaaah
___
Satu itu Esa
salam,
ReplyDeletesedang asyik,
berdengung, bertempik, bersorak sorai,
alam bak serumpun serai,
dedaun bergesek dalam alun permai,
aku terdengar sayup... sayup... sayup,
lagu nan satu.
*terima kasih tuan laman. menyedarkan seorang aku yang sering alpa
Salam sdr Dhamah Syifflah,
ReplyDeleteindah susunan kata-kata saudara dan amat bermakna buat saya. Terima kasih
Salam Abuyon,
Nyanyikan lagu yang satu dengan kalbu yang rindu.
Salam sdr MOEha Aziz,
kata-kata sdr penuh makna indah dan mempesona.
bang Temaram tu apa maknanya? Aku suka rangkap akhir puisi ni...
ReplyDeleteKongkang Kengkang,
ReplyDeletetemaram=taram+ tidak berapa terang=suram
Terima kasih kerana menyukainya.
saya jadi ingin nulis....kala itu....
ReplyDeleteaku ingin engkau menyambutku
pada lebur amuk debu
buram sabana
bayang gelap nenyaru
Salam Sanur,
ReplyDeletebanyak termanya saya kurang ngerti...
selamat berhujung minggu buat teman.
aku suka 'lagu' ini...
ReplyDeleteSetiakasih,
ReplyDeleteTerima kasih kerana menyukainya.
selamat menyambut Ramadan al-mubarak
Salam Rindu Dari CT...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadan al-mubarak buat CT. Semoga kita beroleh keberkatan dan ketenangan jiwa di bulan yang mulia ini.
ReplyDelete