Wednesday, August 12, 2009

LAGU YANG SATU



KUNYANYIKAN lagu itu
lagu yang satu
meruntun kalbu
membuka pintu waktu

bertanya waktu pada kalbu
perlukah bersatu
dalam haru
atau harukan satu
menjadi waktu
membakar kalbu

sejenak malu
merenung masa lalu
malam terlarang
siang temaram
apa mahumu?

sukarnya memahat rindu
menjadi tugu
senangnya mengisar pilu
menjadi debu

malam pun kelabu.

12 Ogos 2009

12 comments:

  1. terciptanya puisi...
    berlagu indah...
    membuka ruang...
    menerjah angkasa...

    menyusuli melangkah...
    meredah lurah...
    disebalik terang...
    bersembunyi pula....
    mencari bayang...
    dalam pena...

    salam mesra...
    dari hamba...

    ReplyDelete
  2. Salam Pak,

    Lagu yang satu
    Lagu mana

    Lagu itulah
    Lagu mana

    Lagu Tuhan

    Laaaaailahaillallaaaaaah
    ___

    Satu itu Esa

    ReplyDelete
  3. salam,

    sedang asyik,

    berdengung, bertempik, bersorak sorai,

    alam bak serumpun serai,

    dedaun bergesek dalam alun permai,

    aku terdengar sayup... sayup... sayup,

    lagu nan satu.

    *terima kasih tuan laman. menyedarkan seorang aku yang sering alpa

    ReplyDelete
  4. Salam sdr Dhamah Syifflah,
    indah susunan kata-kata saudara dan amat bermakna buat saya. Terima kasih

    Salam Abuyon,
    Nyanyikan lagu yang satu dengan kalbu yang rindu.

    Salam sdr MOEha Aziz,
    kata-kata sdr penuh makna indah dan mempesona.

    ReplyDelete
  5. bang Temaram tu apa maknanya? Aku suka rangkap akhir puisi ni...

    ReplyDelete
  6. Kongkang Kengkang,
    temaram=taram+ tidak berapa terang=suram
    Terima kasih kerana menyukainya.

    ReplyDelete
  7. saya jadi ingin nulis....kala itu....

    aku ingin engkau menyambutku
    pada lebur amuk debu
    buram sabana
    bayang gelap nenyaru

    ReplyDelete
  8. Salam Sanur,
    banyak termanya saya kurang ngerti...
    selamat berhujung minggu buat teman.

    ReplyDelete
  9. Setiakasih,
    Terima kasih kerana menyukainya.
    selamat menyambut Ramadan al-mubarak

    ReplyDelete
  10. Salam Rindu Dari CT...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

    ReplyDelete
  11. Selamat menyambut Ramadan al-mubarak buat CT. Semoga kita beroleh keberkatan dan ketenangan jiwa di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete