Tempohmu telah tamat
suaramu hilang keramat
sayangmu sudah terlambat
wajahmu sukar diubat
dosamu teramat berat
hatimu mesti bertaubat
sudah tiba masa
untuk kembali ke desa
kembalikan ingatan dan rasa
sayang pada bangsa
yang memberi sejuta jasa
kembalilah ke pangkal jalan
langkahmu jauh menyimpang
jangan biarkan dendam
membunuh jiwa pejuang
pandang wajah mereka
yang memusuhi sengketa
(Alangkah baiknya jika makanan itu dapat berkata-kata. Tahukah kau apa yang akan diperkatakannya)
21 Ogos 2009
salam pak,
ReplyDeleteBarangkali saya tahu apa katanya,
jika ia berbicara
Tuan, makanlah aku
jangan membazir
Siapa membazir,dia
kawan syaitan
Barangkali :)
salam,
ReplyDelete"wahai...
penantian benar satu penyeksaan,
tak bertaut rindu dan pengharapan,
tak bertemu haluan kita,
umpama purnama bersilih suria,
meniti tabir nan sama,
tak pernah sekali setentang mata!"
wallahua'alam..
apa pun apa yg dititipkan abuyon adalah sangat benar...
salam ramadan al mubarak
Salam anakanda Abuyon,
ReplyDeleteRamadan pernuh berkat ayahanda kembali mengingati diri tentang pembaziran itu. Terima kasih anakanda. Benar sekali kata anakanda membazir itu saudara syaitan.
Anakanda mOEha Aziz
ReplyDeletebenar sekali kata-kata anakanda menanti kebenaran itu penyeksaan. Biarkanlah...Allah jua yang Maha Mengetahui. Kita insan yang dhaif hanya mengharapkan keredhaanNya jua.
Selmat berpuasa anakanda.
salam pak
ReplyDeleteakal hanya boleh menelah
akal kadang kala menjangka salah
tiada apa yang mampu melawan Allah
Salam anakanda Defina,
ReplyDeleteAllah jua yang Maha Mengetahui..kita perlu bersabar pada ketentuan Allah.
bapak,
ReplyDeletetumpang tanya, bukankah tarikh luput yang tertera adalah tahun depan? 3/08/2010? Betulkan fina kalau fina silap.
Betul nak Defina, tahun depan. foto hiasan untuk puisi tp tak sesuai tarikhnya kan? nanti pak cari foto yg lebih sesuai.
ReplyDelete