Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Friday, March 31, 2006

29 Mac 2006, jam 8.00 malam, diadakan pertemuan di DBPCS antara Tan Sri Ketua Satu GAPENA dengan pemimpin beberapa pertubuhan NGO. saya ikut serta, mungkin dijemput atas kedudukan sebagai seorang AJK PEKASA. Turut hadir Yusuf Fansuri, Radin, Jais dan lain-lain teman.
Kehadiran Tan Sri untuk menyampaikan maklumat awal tentang cadangan mengadakan Kongres persuratan Melayu di Johor dalam bulan September 2006 ini.
Apa yang menarik di majlis tersebut dan ingin saya perkatakan ialah beberapa quotation yang saya kutip sewaktu majlis berjalan; antaranya
GAPENA: Gabungan Pesara-pesara Nasional? (Gurauan Tan Sri)
'Bangsa yang merana"
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia- kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan -tegasan Tuan Haji Sanib Said, Pengarah Muzium
Jentera penyelesaian masalah Bahasa bukan dipegan oleh intelektual tetapi oleh pihak teknokrat..
tindakan meminggirkan budayawan. Peminggiran golongan budayawan oleh elitis politik
Abdillah SM: Tertipu?

Saturday, March 25, 2006

mY, KAPIT MENJERIT PERIT

mY, puteri Kapit di kaki bukit menghimpit
ayu menjerit perit
di celah rimba tempat bertapa
melayari senja dan pohonan tua
tanpa salam teman
tanpa nyanyi kota
dingin mendakap puteri ayu
mY, Kapit dijamah rindu
terjerat di pekan sendu

mY, Kapit dihimpit perit
seperti Rejang terhalang lelah ilalang
didera pohonan rimba
hanyut dihambat kalut
antara ribut nafsu dan jerit haloba
puteri terperap di sudut pekan luka
detik waktu terlalu cemburu
debar cinta yang kian terduga
mY, Kapit menjerit
jeritmu kian perit

mY, Kapit tenang dialun arus resah
desah payah Rejang gagah
menongkah sejuta terjah
mengobati hati yang parah
mencari teman bicara
atau sahabat setia kala senja
aku ingin berdiri di tebing curam
menatap mentari terbenam
menjadi rakan tika malam semakin kelam

mY, Kapit di wajahmu kulihat kosong
di matamu kutatap rindu
bibirmu adalah rekah pilu
dan hatimu lukisan cinta
berdirilah di pelabuhan
sampaikan pesan pada awan
pada angin dan alunan ombak
biarkan alam menjadi pembicara

mY, Kapit aku hanya teman
datang bersama awan
hadir sesaat di batas resahmu
biar kubawa bersama segala duka
akan kulontar jauh di kota
agar kembali riangmu
dan terubat segala luka.

24 Mac 06
KAPIT